Sunday 29 September 2013

Kaya Dalam Keangkuhan | Papa Dalam Kejahilan

(Ilmu Dijulang
Budaya Ditunjang)


 


MUKADIMAH
(Mesyuarat Guru)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)


There is no wealth like
 knowledge, no poverty like ignorance.
(Saidina Ali Ibni Abi Talib)

Hanya dengan ilmu maka berlakunya intellectual discovery yang mencetuskan intellectual progress iaitu penemuan untuk penerokaan. Tanpa ilmu kita hanya ‘kaya dalam keangkuhan’ dan ‘papa dalam kejahilan’. Seterusnya menjadikan abad 20 sebagai the age of backwards, yang meminggirkan dan memerangkapkan para pelajar  dalam intellectual backwater, terpencil dan terkongkong. Sesungguhnya hanya ilmu dapat mengangkatkan potensi dan meningkatkan prestasi para pelajar.  

Adakah sama orang yang berilmu dengan 
orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya 
orang yang berakallah yang dapat
menerima pelajaran.
(Az Zumar: 9)

Sebaliknya apa yang berlaku ialah proses penyimpanan ilmu dalam bank minda. Ilmu kemudian dikeluarkan untuk peperiksaan. Proses pengukuhan melalui exam-oriented ini akhirnya akan menjadi sindrom bureaucreatization of the mind, menyebabkan pelajar hilang minda kreatif dan daya inovatif. Malah sistem pendidikan akan terperangkap dalam projek ‘bujet menentukan produk’, yang menyebabkan educational dilemma

Dan hendaklah mereka bimbang kelak 
mereka meninggalkan zuriat yang lemah 
di belakang mereka.
(An Nisa’: 9)

Justeru kita perlu membina semula budaya berfikir dan budaya belajar untuk mencari ilmu, iaitu mengubah SOLAT (Style Of Learning And Thinking). Begitu juga pendidikan perlu berkonsepkan, ‘Guru Berunding Pelajar Bermuafakat, Guru Membimbing Pelajar Berbuat’. Sesungguhnya kita harus percaya bahawa keteguhan akhlak terletak pada budaya manakala keutuhan minda terletak pada ilmu. 

Budaya Ditunjang Ilmu Dijulang
Apabila akar menunjang maka ranting menjulang
dan apabila akar bercambah maka ranting berbuah
(Aram)


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment