Tuesday 17 September 2013

Truth In Words | Wisdom In Actions

(Sekata Sependapat.
Seia Sematlamat)


 


 
MUKADIMAH
(Ucap Utama Pengetua)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Professional commitmen, practical wisdom dan intellectual honesty, bukan cliché atau stereotype phrase tetapi make a virtue of necessity (keperluan strategic) dan a necessity of  invention (keperluan mencipta). Cetusan idea (words of wisdom), yang tersirat di dalamnya missi dan visi pendidikan, yang perlu diterjemahkan secara strategik dan operasional, berkonsepkan truth in words and wisdom in actions

Amat besar kebencian Allah jika kamu 
mengatakan apa-apa (rancangan) yang 
tidak kamu laksanakan.
(Ash Shaf: 3)

Selaku pengamal profesion keguruan dan pengurus system Bestari, kita perlu melihat masa hadapan sebagai ruang dan peluang mencipta futuristic scenario dan mengwujudkan organisational environment untuk membina team spirit dan team dynamic iaitu sekata dengan pendapat dan seia dengan matlamat. Bahawa matlamat pendidikan untuk melahirkan kuntum khairah ummah yang seimbang, yang memiliki kehebatan lahiriah, keterampilan kognitif dan sahsiah berakidah

Kamu umat yang terbaik dilahirkan untuk 
manusia, menyuruh kepada makruf dan 
mencegah daripada mungkar.
(Ali ‘Imran: 110)

Kita menyedari bahawa skrip kehidupan adalah perangkap institutionalization of mediocrity yang akan mengekalkan vicious cycle (lingkaran pasrah). Kadang-kadang para pelajar lebih terkurung dengan a sense of security dan lebih bergantung kepada a false sign of dignity (konsep ketuanan dan bumiputera). Justeru pendidikan adalah usaha murni untuk membebaskan mereka daripada kepercayaan karut dan logical fallacy, yang hanya mengundurkan kaki mereka daripada melangkah ke hadapan untuk lompatan saujana mencipta zaman’.
 
Dan bahawasanya seseorang itu tidak 
memperolehi selain apa yang diusahakannya.
(An Najm: 39)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu




No comments:

Post a Comment