Saturday 26 October 2013

Difficulty In Every Opportunity | Opportunity In Every Difficulty

(Penampilan Lahiriah.
Keterampilan Sahsiah)



 

MUKADIMAH
(Mesyuarat Disiplin)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Pengurusan disiplin adalah the art of doing right things and making things right. Memahami suratan dan siratan ciptaan yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi (Al Baqarah: 30). Maka siratan disiplin ialah mengembalikan diri insan kepada fitrah diri yang sebenarnya, yang mulia dan lagi terhormat

Kamu umat yang terbaik yang dilahirkan 
untuk manusia, menyuruh yang makruf dan 
mencegah yang mungkar.
(Ali Imran: 110)


Seorang mukmin menjadi mulia kerana 
agamanya, berperibadi kerana akalnya dan
terhormat kerana akhlaknya.
(H.R Al Hakim)

Justeru pendekatan disiplin harus berkonsepkan ‘melentur rebung meraut bilah’ yang futuristic kerana today’s learner is tomorrow’s leader. Dengan strategic planning jangka panjang diharapkan dapat melahirkan insan kamil atau MEP (Morally Educated Person), yang memiliki identity dan kualiti ISA (Intelektual bersyuhadah, Sahsiah berakidah, Amalan berfitrah), yang mencari kesempurnaan dan kelebihan dalam kehidupan dunia dan akhirat.'

Dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan 
yang sempurna atas makhluk lain yang telah 
kami ciptakan.
(Al Isra’: 70)

 Demikian pendekatan 5 TAS (Teknik Alternatif Senario), iaitu penTAS, pinTAS, panTAS, canTAS dan renTAS, untuk membina scenario optimistic, memberikan pelajar lebih ruang untuk mengenali fitrah azali dan lebih peluang untuk memahami potensi diri. Bahawa:  ‘a pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty. (Winston Churhchill). Sebagai mekanisme edu-social, 5 TAS dapat membina penampilan lahiriah dan ketrampilan sahsiah melalui STRAKPRO (STRategi, AKtiviti dan PROses). Seterusnya menjadikan Rasullulah sebagai contoh dan tokoh.

Sesungguhnya telah ada pada Rasullulah itu 
suri teladan yang baik.
(Al Ahzab:21)


 

ARAM 35
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu   



No comments:

Post a Comment