Thursday 7 July 2016

181E: Yang Kita Buat Akan Menjadi Khidmat | Yang Kita Beri Akan Menjadi Bakti






Orang 
yang suka 
mengusap itu
makan suap
dan orang
yang suka 
mengulit itu
makan duit






Terungkap kata
bagaikan tidak percaya
dan tersingkap rahsia
bagaikan tidak berdaya


1.   
Apa yang kita buat akan menjadi khidmat dan apa
yang kita beri akan menjadi bakti
.

2.
Orang yang suka mengusap itu makan suap dan
orang yang suka mengulit itu makan duit.


3.
Orang yang selalu diberi itu makan budi dan orang
yang selalu ditolong itu makan tanggung
.

4.
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaian dan
setiap perbalahan ada jalan perdamaian.


5.
Yang berazam sentiasa menggenggam kata tetapi
yang berdendam sentiasa memendam rasa.

6.
Apabila berebut kuasa ramai menjadi mangsa dan
apabila berebut harta ramai menjadi papa.

7.
Yang menang itu kerana pandai merancang tetapi
yang kalah itu hanya pandai berhelah.

8.
Jangan sekali-kali undur untuk menyerah dan jangan
sekali-kali akur untuk menyembah.

9.
Kadang-kadang orang yang menang itu tidak senang
dan orang yang kalah itu tidak susah

10.
Orang yang lulus itu pandai mengurus tetapi orang
yang gagal itu hanya pandai menyangkal.






It is not
the time that ticks
but my heart
and it is not
the rain that falls
but my tears






Takkan lemas
ikan di air
dan takkan mati
ikan di lubuk




Dari kaca mata 
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratai Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment