Showing posts with label Kalamullah. Show all posts
Showing posts with label Kalamullah. Show all posts

Sunday 25 August 2013

Telinga Akan Ditanya | Mata Akan Berkata

(Takkan Berdusta.
Takkan Berahsia)




(202)
‘Persaksian’
Bicara Tok Ngah
15 Ogos 2011
2.06 petang

 
ARAM

 
Telinga akan ditanya, mata akan berkata dan kulit
akan mengungkit. Tiada apa yang dapat ditudung
dan tiada apa yang dapat dilindung. Segalanya ter-
dedah dan terserlah. Pancaindera tidak akan ber-
dusta
dan tidak akan berahsia.


 
Pancaindera menjadi saksi dan tidak ada apa yang
apat disembunyi. Segala-galanya akan terdedah dan
tidak ada apa yang dapat diubah. Segala-galanya
berbunyi sebagai saksi atas apa yang kita niat dan
apa yang kita buat. Justeru kalau baik yang kita buat
maka dapat pahala tetapi kalau jelik yang kita buat
maka dapat dosa. Pahala membawa kita ke syurga
 tetapi dosa membawa kita ke neraka.

 


 
 Kamu sekali-kali 
tidak dapat bersembunyi dari
persaksian pendengaran,
penglihatan dan kulitmu

 (Fush Shilat: 22) 

 
Arambayu 202
Teratak Seriteratai

Thursday 15 August 2013

Jelik Dianggap Baik | Mungkar Dianggap Benar

(Hati Terbeli.
 Jiwa Tergoda) 



(201)
‘Keburukan’
Bicara Tok Ngah
14 Ogos 2011
2.40 petang

 
ARAM

 
Kadang-kadang di sebalik niat itu ada muslihat dan
di sebalik tujuan itu ada penipuan. Apabila mata itu
mudah terpedaya maka hati itu mudah berdengki.
Kerana kepentingan maka hilang pegangan dan ke-
rana kedengkian maka hilang pendirian.


 Bahkan yang jelik dianggap baik dan yang mungkar 
dianggap benar
apabila jiwa sudah tergoda dan apa-
bila hati sudah terbeli. Mata sudah buta kerana kua-
sa dan hati sudah terjerat kerana pangkat. Bagaikan
tidak takutkan dosa dan siksa. Tidak peduli tentang
mati. Apakah tidak takut apabila datang maut? Apa-
kah tidak kesal apabila datang ajal?

 


 
Sebenarnya
dirimu sendiri yang
memandang baik perbuatan
(yang buruk) itu.
(Yusof: 18)


 
Arambayu 201
Teratak Seriteratai

Monday 29 July 2013

Berjanji Tak Berhenti | Bersumpah Tak Mengalah

(Tegahan Khianat.
Sumpahan Laknat)
 






(200)
‘Kesesatan’
Bicara Tok Ngah
13 Ogos 2011
11.39 pagi


ARAM

 
Iblis itu menghasut untuk kita mengikut dan
menjerat untuk kita bersubahat. Tegahan iblis
itu tegahan khianat dan sumpahan iblis itu
sumpahan laknat. Selagi berjanji selagi itu iblis
tidak akan berhenti
dan selagi bersumpah sela-
gi itu iblis tidak akan mengalah
.


Ingatlah, iblis itu tegar untuk memesong kita
ke jalan yang mungkar dan iblis itu laknat un-
tuk memesong kita ke jalan yang sesat. Seka-
lipun dia sudah dibalas tetapi dia bebas untuk
menyesatkan dan memudaratkan. Justeru ba-
nyakkan ibadat dan banyakkan taubat supaya
tidak tersesat dan bayakkan bersedia dan ba-
nyakkan berwaspada sepaya tidak terpedaya.

 
 



 
Kerana Engkau
telah menghukum saya (iblis) tersesat,
saya akan menghalangi mereka dari
jalan yang lurus

(Al A’raf: 16)

 
Arambayu 200
Teratak Seriteratai

Saturday 27 July 2013

Putus Tanpa Kelulusan | Lulus Tanpa Ketelusan

(Warak Adil.
Bongkak Jahil)







(199)
‘Keputusan’
Bicara Tok Ngah
12 Ogos 2011
12.06 t/hari

 
ARAM

 Yang warak itu lebih adil tetapi yang bongkak itu 
 lebih jahil
. Apabila membuat keputusan orang yang 
adil mengikut hak tetapi orang jahil itu mengikut ke-
hendak. Kadang-kadang orang yang jahil itu mem-
pertahankan yang batil kerana nafsu sedangkan 
yang adil itu menolak yang batil kerana ilmu.
 

Justeru jangan membuat keputusan tanpa kelulusan
 dan jangan membuat kelulusan tanpa ketelusan. Se-
tiap yang salah hendaklah diselesiakan melalui mu-
syawarah. Keadilan mesti ditegakkan di atas dalil dan
kebenaran mesti dipertahankan di atas kewajaran. Ha-
nya yang ingkar akan menyimpang daripada  jalan yang
benar. Hanya yang jahil tidak akan berlaku adil.

 

 



Maka berilah
keputusan antara kami dengan
adil dan janganlah kamu menyimpang
dari kebenaran.

(Shad: 22)

 
Arambayu 199
Teratak Seriteratai

Thursday 25 July 2013

Ruang Untuk Beribadat | Peluang Untuk Bertaubat

(Buat Dicatat.
Amal Ditimbal)






(198)
‘Keutamaan’
Bicara Tok Ngah
11 Ogos 2011
1.44 petang

 
ARAM

 
 Sembahyang akan ditimbang dan amal akan ditimbal
Justeru jadikan amalan itu bekalan dan jadikan pahala
itu jalan ke syurga. Ingatlah dunia ini hanya sementara.
Tiap yang kita buat akan dicatat. Jika jelik yang kita
buat maka dosa yang dicatat dan sebaliknya jika baik
yang kita buat maka pahala yang dicatat.


Untuk itu kita diberi ruang untuk beribadat dan kita juga diberi peluang untuk bertaubat. Taubat dapat mengha-
 puskan perbuatan jahat. Percayalah, kita tidak akan ter-
sisih kerana Allah Maha Pengasih dan kita tidak akan terbuang kerana Allah Maha Penyayang. Maka bertau- batlah untuk mendapatkan pahala-Nya dan beribadat-
lah untuk mendapatkan syurga-Nya.

 
 



 
Dia akan
memberikan kepada tiap-tiap
orang
keutamaan (balasan)
keutaamaanya.

(Hud: 3)

 
Arambayu 198
Teratak Seriteratai

Wednesday 24 July 2013

Fikir Tentang Takdir | Kaji Tentang Mati

(Desak Berganjak.
Dihulur Berundur)






(197)
‘Kematian’
Bicara Tok Ngah
10 Ogos 2011
11.34 pagi


ARAM
 

Ajal itu tidak ada sesiapa yang dapat meramal.
Malah kita tidak pasti bilakah kita mati. Mati itu
benar-benar mistri, dan itulah rahsia yang tak
dapat kita teroka dan tak dapat kita jangka. Ba-
hawa Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak
memahami. Justeru jangan fikir tentang takdir 
dan jangan kaji tentang mati.


 
Kematian apabila datang tiada siapa yang dapat
menghalang dan apabila tiba tiada siapa dapat
memaksa. Mati itu satu ketetapan dan ketepatan,
yang tak dapat dielak dan tak dapat ditolak Dide-
sak ia tidak akan berganjak
, dihulur ia tidak akan
berundur
dan dirayu ia tidak akan menunggu. Wa-
laupun sesaat ia tidak akan lewat dan tidak akan
cepat. Itulah ketetapan dan ketepatan.

 
Tidak ada satu
umatpun yang dapat mendahului
ajalnya dan tidak pula dapat
 mengundurkannya. 

(Al Hijr: 5)

 
 



 
Arambayu 197
Teratak Seriteratai

Monday 22 July 2013

Terpesona Dengan Dunia | Tersesat Dengan Nikmat

(Jahil Tercela.
Degil Berdosa)



 
 
(196)
‘Maksiat’
Bicara Tok Ngah
9 Ogos 2011
10.08 malam

ARAM

Orang yang tidak mendapat hidayah semakin
menyanggah dan orang yang tidak mendapat
iktibar semakin mencabar. Semakin bongkak
semakin mendongak, semakin angkuh sema-
kin tidak patuh dan semakin jahat semakin ti-
dak taat.


Kerana jahil mereka tidak takut cela dan kera-
na degil mereka tidak takut dosa. Mereka sela-
ma-lamanya terpesona dengan dunia dan sela-
ma-lamanya tersesat dengan nikmat. Nikmat 
maksiat yang menjadikan mereka semakin se-
sat dan semakin melarat. Bahkan semakin te-
rus-menerus berbuat jahat dan semakin terus-
menerus membuat maksiat.

 
 
 
 
 
Bahkan
manusia itu
hendak membuat maksiat
terus-menerus.
(Al Qiyamah: 5)


Arambayu 196
Teratak Seriteratai


Sunday 21 July 2013

Berpandu Kepada Ilmu | Merujuk Kepada Petunjuk

(Tersurat Ibarat.
Tersirat Isyarat)






(195)
‘Kebenaran’
Bicara Tok Ngah
8 Ogos 2011
1.06 petang

 
ARAM


Hari semalam biar lebih faham, hari ini biar lebih
pasti dan hari esok biar lebih elok. Setiap yang
terjadi itu sudah pasti dan setiap yang berlaku
itu sudah tentu. Justeru jadikan pengertian di
sebalik segala kejadian.
Yang tersurat jadikan
ibarat
dan yang tersirat jadikan isyarat.


Apa yang kita fikirkan Allah yang akan takdirkan
dan apa yang kita katakan Allah yang akan mu-
lakan. Sesungguhnya kita  hanya merangka te-
tapi Allah yang mencipta. Justeru lebih baik kita

merujuk kepada petunjuk dan lebih baik kita ber-
pandu kepada ilmu
. Petunjuk akan mendekatkan
kita kepada kebenaran dan tawaduk akan men-
dekatkan kepada kesedaran.


 
 


Mudah-mudahan
Tuhanku akan memberi
petunjuk yang lebih dekat
kepada kebenaran.

(Al Kafi: 24)


Arambayu 195
Teratak Seriteratai

Friday 19 July 2013

Tipu Tanpa Restu | Ingkar Tanpa Iktibar

(Berkata Berdusta.
Berbuat Mengelat)
 




(194)
‘Pendusta’
Bicara Tok Ngah
7 Ogos 2011
10.28 pagi

 
ARAM

Orang yang menipu itu tidak akan mendapat 
restu
manakala orang yang ingkar tidak akan
mendapat iktibar
. Apabila berkata mereka ber-
dusta
dan apabila berbuat mereka mengelat.
Mereka angkuh dan tidak patuh. Mereka ing-
kar dan tidak sedar.

 
Ingatlah, orang yang berdusta itu hidupnya sen-
tiasa tercela dan orang yang ingkar itu hidupnya
sentiasa tercalar. Hati mereka semakin gelisah
tanpa hidayah dan mulut mereka semakin bu-
suk tanpa petunjuk. Mereka terus berhanyut-ha-
nyut tanpa dahan untuk berpaut dan mereka te-
rus terapung-apung tiada tali untuk bergantung.


Sesungguhnya
Allah tidak memimpi
orang-orang yang pendusta
dan sangat inkar.
(Az Zumar: 3)

 


 
Arambayu 194
Teratak Seriteratai










Thursday 18 July 2013

Hidayah Melalui Ibadah | Bekalan Melalui Amalan

(Beribadah Tabah.
Beramal Cekal)







(193)
‘Pembalasan’
Bicara Tok Ngah
6 Ogos 2011
1.46 petang

ARAM

Orang yang sentiasa beribadah itu hatinya ta-
bah
dan orang yang sentiasa beramal itu hati-
nya cekal
. Setiap ujian itu memberinya penger-
tian dan setiap kenikmatan itu memberinya
peringatan. Bahawa setiap amal akan ditimbal
dan setiap keikhlasan akan menerima balasan.

Sesungguhnya hanya yang beribadah akan
mendapat anugerah dan hanya yang taat akan
mendapat rahmat. Justeru carilah hidayah me-
lalui ibadah
dan carilah bekalan melalui amalan.
Balasan syurga itu hanya untuk mereka yang
menghimpunkan pahala tetapi balasan neraka
itu hanya untuk mereka yang menghimpunkan
dosa. Bahagialah mereka di syurga tetapu sik-
salah mereka di neraka.

 
Supaya Allah
memberi balasan kepada
orang-orang yang beriman dan
beramal soleh.
(Saba’: 4)


 


 
Arambayu 193
Teratak Seriteratai

Wednesday 17 July 2013

Lihat Jadikan Ibarat | Dengar Jadikan Iktibar

(Hati bersangsi.
Akal menyangkal)





 
(192)
‘Sedikit Bersyukur’
Bicara Tok Ngah
5 Ogos 2011
11.52 pagi

ARAM

 Kadang-kadang 
kita tidak jadikan iktibar
 apa yang kita dengar 

dan kita tidak jadikan ibarat
apa yang kita lihat
.
 Malah hati kita menjadi sangsi 
dan akal kita sentiasa menyangkal.
Sesungguhnya
Allah memberi kita akal
untuk menyoal
dan memberi kita hati
untuk menyelami.


Setiap persoalan
akan membawa kita kepada kebenaran
dan setiap jawapan
membawa kita kepada kesedaran.
Bahawa pancaindera
kita adalah untuk meneroka alam semesta.
Apabila yang kita fikir
dapat ditafsir
maka hati kita akan memahami.
Kita akan akur dan bersyukur,
kita akan ingat dan taat
dan kita akan kenal dan beramal.


 


 
Dia menjadikan
kamu pendengaran, penglihatan
dan hati, (tetapi) sedikit sekali
yang bersyukur
.

(As Sajadah: 9)

 
 


 
Arambayu 192
Teratak Seriteratai

Monday 15 July 2013

Buat Itu Ibadat | Dapat Itu Berkat

(Rezeki mencari.
Untung mengunjung)






(191)
‘Anugerah’
Bicara Tok Ngah
4 Ogos 2011
1.20 petang

ARAM

Setiap ibadah itu
jadikan khidmat
dan setiap anugerah itu
jadikan rahmat.
Justeru sebaik-baik khidmat
ialah taat
dan sebaik-baik rahmat
ialah nikmat.
Rahmat Allah itu
sentiasa tersebar
manakala nikmat Allah itu
sentiasa terdampar.
Hanya yang sentiasa taat
diberi rahmat dan nikmat.


Percayalah,
rezeki tidak datang mencari
dan untung tidak datang mengunjung.
Hanya yang rajin lebih yakin
dan yang berusaha lebih berjaya.
Justeru jadikan ibadat
apa
yang kita buat
dan jadikan berkat

 apa yang kita dapat
.
Ingatlah,  
Allah sentiasa melihat
apa yang kita buat
dan Allah lebih tahu
apa yang kita mahu.

 
 


 
Apa saja
yang Allah anugerah
kepada manusia berupa
rahmat.

(Fathir: 2)

 
 



 
Arambayu 191
Teratak Seriteratai

Saturday 13 July 2013

Tawaduk Diberi Petunjuk | Beriman Diberi Perkenan

(Restu dek ilmu.
Hidayah dek ibadah)







(190)
‘Petunjuk’
Bicara Tok Ngah
3 Ogos 2011
11.10 pagi

ARAM

 Yang tawaduk 
diberi petunjuk 

dan yang beriman
diberi perkenan
.
Itulah petunjuk
untuk dirujuk
dan itulah perkenan
untuk  beriman.
Yang diberi restu
kerana ilmu

dan yang diberi hidayah
kerana ibadah
.
Semakin  beramal
semakin bertambah pahala
tetapi semakin menyangkal
semakin bertambah dosa.


Sesungguhnya bergembiralah
orang bertambah pahalanya
tetapi berdukalah
orang yang bertambah dosanya.
Pahala akan membawa
mereka ke syurga
tetapi dosa akan membawa
mereka ke neraka.
Maka berbahagialah
mereka yang di dalam syurga
tetapi tersiksalah mereka
yang di dalam neraka.


 

 


 
 Untuk 
 menjadi petunjuk dan
berita gembira untuk orang
yang beriman.
(An Naml: 2)
 
 


 
Arambayu 190
Teratak Seriteratai

Tuesday 9 July 2013

Tercipta Untuk Berzikir | Berupa Untuk Berfikir

(Lihat jadi ibarat.
Dengar jadi iktibar)






(189)
‘Kebesaran’
Bicara Tok Ngah
2 Ogos 2011
6.47 sore

ARAM

Setiap yang terjadi
mengiku tabii
dan setiap yang berlaku
mengikut restu.
Apa yang kita lihat itu
tanda iradat
dan apa yang kita dapat
itu tanda kudrat.
Betapa Allah berkuasa
untuk mencipta
dan memberi rupa.
Maka segala yang terhampar
dan terpapar
menunjukkan Allah 
Maha Besar.
Justeru kita dilahirkan
kerana ditakdirkan
dan kita dimatikan
kerana dijanjikan.
Maka apa yang kita lihat 
jadikan ibarat
 dan apa yang kita dengar
jadikan iktibar.
Kita diberi akal
untuk menimbal
dan kita diberi hati
untuk memahami .
Percayalah,
segala yang tercipta
 itu berupa.
 Maka yang tercipta itu
 untuk kita berzikir

dan yang berupa itu
untuk kita berfikir
.

 
 



 
Sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat
tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi
kaum yang memikirnya.

(Ar Rad: 3)

 



 
Arambayu 189
Teratak Seriteratai

Saturday 6 July 2013

Yang Lahir Itu Takdir | Yang Mati Itu Pasti

(Lahir itu takdir.
Mati itu pasti)







(188)
‘Keputusan’
Bicara Tok Ngah
1 Ogos 2011
1.00 petang

ARAM

Setiap yang dilahirkan
sudah ditakdirkan
dan setiap yang dimatikan
sudah dipastikan.
Kita tidak tahu
apa yang akan berlaku
dan kita tidak pasti
apa yang akan terjadi.
Segalanya tercipta
dengan rahsia.
Justeru jangan biarkan akal
menyoal atau menyangkal.


Kita ada cara
untuk berusaha
dan ada kadar
untuk berikhtiar.
Jangan memaksa
kalau tak rela
dan jangan mendesak
kalau bukan hak.
Apa yang Allah utuskan
sudah diputuskan
dan apa yang Allah janjikan
sudah dipastikan.
Biarlah segalanya bermula
dengan usaha,
biarlah segalanya berlaku
dengan restu
 dan biarlah segalanya berakhir 
dengan takdir.

 
 




Dan hal
itu adalah satu
perkara yang sudah
diputuskan.

(Maryam: 21)

 
 


 
Arambayu 188
Teratak Seriteratai

Monday 1 July 2013

Buta Kerana Harta | Cela Kerana Kuasa

(Diajak bongkak.
Disuruh angkuh)





 
(187)
‘Ujian’
Bicara Tok Ngah
31 Julai 2011
1.14 petang

ARAM

Kalau diajak
mereka bongkak
,

kalau disuruh
mereka angkuh 

dan kalau diajar
mereka mencabar.
Mereka hanya berkata
 ikut suka
dan mereka hanya bertindak
ikut kehendak.
Kadang-kadang
makin ditegah
makin menyanggah
dan makin dimarah
makin menyumpah.


Sesungguhnya
mata mereka sudah buta
kerana harta

dan jiwa mereka sudah cela
kerana kuasa
.
Mereka leka dan lupa,
bahawa pemberian
hanyalah ujian.
Harta dan kuasa 
hanyalah sementara.
Sedangkan setiap masa
mereka diduga
dan setiap hari
mereka diuji.
Maka siapakah yang paling baik
dan paling jelik
di antara mereka? 


 


 
Agar Kami
menguji mereka siapakah
di antara mereka yang terbaik
perbuatannya.

(Al Kahfi: 7)

 
 




Arambayu 187
Teratak Seriteratai