Showing posts with label Mukadimah (Edu). Show all posts
Showing posts with label Mukadimah (Edu). Show all posts

Tuesday 26 November 2013

With An Idea To Reform | With An Agenda To Perform

(Akar Bercambah.
Ranting Berbuah) 



 


MUKADIMAH
(Mesyuarat Kurikulum)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


 Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Kita memerlukan an idea to reform and an agenda to perform (Aram) untuk menjadikan pelajar ‘pemburu ilmu' yang menguasai rimba pengetahuan. Malah dengan slogan  Solving Through Changes (1998), Management By Objective (1999) dan  Excellence Through Competition (2001), diharapkan dapat mencetus aspirasi dan ispirasi untuk membina tradition of excellence iaitu kecemerlangan dari segi ilmu dan amalan.

Bukan sahaja tahu tetapi kenal
dan bukan sahaja berilmu tetapi beramal.

(Aram)

Hakikatnya, kita telah mewarisi mandat Khalifah untuk mengisi tuntutan Anbiya sebagai satu kepercayaan. Bahawa ilmu itu wajib dituntut dari buaian hingga ke liang lahad, untuk memenuhi konsep long life learning. Kepercayaan ini seharusnya dapat mengukuhkan lagi tradisi kecemerlangan yang bertunjangkan budaya dan berpucukkan intelektualisme.

Apabila akar menunjang maka ranting
menjulang dan apabila akar bercambah 
maka ranting berbuah.
(Aram)

Sesungguhnya tradisi kecemerlangan ini sudah tersurat dalam lipatan sejarah sebagai warisan tamadun yang akan berulang, milestones of success. Jadi biarlah kita sama-sama berbakti untuk mengulangi sejarah kegemilangan ini untuk memulakan a chain of success. Mudah-mudahan kecemerlangan menjadi impian dan inspiration of life yang berterusan untuk memulakan gelombang intellectual yang akan menyemarakkan lagi edu-jihad demi agama, bangsa dan Negara. Insya Allah. 

Dan bejihadlah kepada jalan-Nya, supaya
kamu dapat keberuntungan.

(Al Maidah: 35)

Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-
benar berada dalam kenikmatan yang besar. 
(Al Mutafifin: 22)



ARAM 37
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu    

Tuesday 12 November 2013

Expectation Of Wisdom | Merit Of Excellence

(Fitrah Insan.
Akidah Ihsan)


 



MUKADIMAH
(Pembangunan Kendiri)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Sesungguhnya pendidikan adalah tuntutan anbiya dan amanah profesion untuk memelihara dan menyuburkan fitrah insan dan meningkatkan akidah ihsan, di samping mengimbangkan potensi intellectual dan spiritual.

Mencipta dan menyempurnakan kejadian
seta menjadikannya seimbang.
(Al Infithar: 7)

Melalui  proses prymid of actualization, penciptaan bermula dari impian, harapan, matlamat, strategi, misi dan visi. Walau bagaimanapun penciptaan ini harus bermula dengan mengenali dan meneroka potensi diri untuk mengembangkan dan meningkatkan prestasi diri, terutamanya keupayaan intelektual. Memikirkan tentang diri sendiri  iaitu 'siapa aku sebenarnya' dan 'mengapa aku diwujudkan', cogito ergo sum (Rene Descartes) yang bermaksud ‘aku berfikir aku wujud’.

Sesungguhnya pada dirimu sendiri mengapa
tidak kamu renungkan?
(Adzriyat: 2)

Justeru sebagai architect of scenario, sikap dan pemikiran kita perlu do onself justice dan age quod agis (be serious in what you do). Memenuhi expectation of wisdom dan merit of excellence, untuk membina sinario optimistic  dan iklim pembelajaran yang kondusif. 

Sesungguhnya kita tak perfect tetapi kadangkala imperfect man makes perfect work. Maka bersedialah untuk menerima kritikan  dan kesilapan sebagai moment of truth dan turning point untuk berubah kepada yang lebih baik. Mudahan-mudahan kita akan memperolehi keberuntungan daripada pengorbanan edu-jihad demi masa depan para pelajar.

Allah tidak merobah keadaan sesuatu
kaum sehingga mereka merubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri.
(Ar Rad: 11)


Dan berjihadlah kepada jalan-Nya, supaya 
kamau dapat keberuntungan.
(Al Maidah: 35)



ARAM 36
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu   












Saturday 26 October 2013

Difficulty In Every Opportunity | Opportunity In Every Difficulty

(Penampilan Lahiriah.
Keterampilan Sahsiah)



 

MUKADIMAH
(Mesyuarat Disiplin)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Pengurusan disiplin adalah the art of doing right things and making things right. Memahami suratan dan siratan ciptaan yang diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi (Al Baqarah: 30). Maka siratan disiplin ialah mengembalikan diri insan kepada fitrah diri yang sebenarnya, yang mulia dan lagi terhormat

Kamu umat yang terbaik yang dilahirkan 
untuk manusia, menyuruh yang makruf dan 
mencegah yang mungkar.
(Ali Imran: 110)


Seorang mukmin menjadi mulia kerana 
agamanya, berperibadi kerana akalnya dan
terhormat kerana akhlaknya.
(H.R Al Hakim)

Justeru pendekatan disiplin harus berkonsepkan ‘melentur rebung meraut bilah’ yang futuristic kerana today’s learner is tomorrow’s leader. Dengan strategic planning jangka panjang diharapkan dapat melahirkan insan kamil atau MEP (Morally Educated Person), yang memiliki identity dan kualiti ISA (Intelektual bersyuhadah, Sahsiah berakidah, Amalan berfitrah), yang mencari kesempurnaan dan kelebihan dalam kehidupan dunia dan akhirat.'

Dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan 
yang sempurna atas makhluk lain yang telah 
kami ciptakan.
(Al Isra’: 70)

 Demikian pendekatan 5 TAS (Teknik Alternatif Senario), iaitu penTAS, pinTAS, panTAS, canTAS dan renTAS, untuk membina scenario optimistic, memberikan pelajar lebih ruang untuk mengenali fitrah azali dan lebih peluang untuk memahami potensi diri. Bahawa:  ‘a pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty. (Winston Churhchill). Sebagai mekanisme edu-social, 5 TAS dapat membina penampilan lahiriah dan ketrampilan sahsiah melalui STRAKPRO (STRategi, AKtiviti dan PROses). Seterusnya menjadikan Rasullulah sebagai contoh dan tokoh.

Sesungguhnya telah ada pada Rasullulah itu 
suri teladan yang baik.
(Al Ahzab:21)


 

ARAM 35
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu   



Monday 21 October 2013

Equality In Justice | Justice In Evaluation

(Jangkaan Statistik.
Jangkauan Strategik)


 
 
MUKADIMAH
(Mesyuarat Guru)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Mission statement perlu terarah dan menepati strategic planning (misi dan visi) dan mensasari operational planning (program dan aktiviti). Perlu realistic dan achievable, iaitu mempunyai jangkaan statistik dan jangkauan strategik. Walaupun pendidikan masih lagi exam-oriented, kerja-kerja pendidikan perlu berkonsepkan evaluation milestone dan auditing hasilan iaitu tindakan TOV, OTI, ETR dan ATR secara operational dan functional.

Dan hendaklah setiap diri memperhatikan 
(merancang) apa yang perlu diperbuat 
untuk hari esuk.
(Al Hasyr: 18)

Kita perlu merancang secara berfokas, berkonsepkan penelitian kualiti dan penyaringan kuantiti, kerana wujud 3 kumpulan keupayaan yang berbeza dari segi self direction, self motivation, self esteem dan self actualization. Perbezaan ini memerlukan program terarah dan terancang yang bertahap dan berfasa, iaitu pemulihan, pengukuhan dan pengkayaan untuk equality in justice dan justice in evaluation, iaitu program mengikut keupayaan.

Seseorang itu tidak akan dibebani 
melainkan mengikut kadar keupayaan.
(Al Baqarah: 23)

Justeru kerja-kerja pendidikan menjadi amanah profesion berlandaskan 5E (Experience, Efficiency, Effort, Earnest). Sementelah dalam pengurusan zero defect, konsep TQM (Total Quality Management) menjadi teras pengurusan dengan amalan 3T (Tulus, Telus, Terus) dan 3I (Ikhlas, Iltizam, Istiqamah). Kita bukan sahaja  beristiqamah iaitu mematuhi dan mengakuri amanah tetapi melakukan kaizen iaitu meneruskan kerja-kerja pendidikan demi memperhebatkan pendidikan dan memertabatkan anak bangsa, sebagai ummah terbaik.

 Kemudian mereka tetap beristiqamah  
maka tiada kekhuatiran terhadap mereka 
dan mereka tiada berdukacita.
(Al Baqarah: 269)

 Kamu umat yang terbaik dilahirkan 
untuk manusia, menyuruh kepada makruf 
dan mencegah daripada mungkar.
(Ali ‘Imran: 110)



ARAM 34
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu



TOV: Take Off Value
OTI: Operational Targeted Increment 
ETR: Expecred Targested Result
ATR:  Actual Targeted Result 
   


Saturday 19 October 2013

Words Of Wisdom | Works Of Excellence

(Pengabdian Insan.
Pengabadian Ihsan)




MUKADIMAH
(Mesyuarat Guru)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Setiap kata guru adalah words of wisdom dan setiap kerja guru adalah works of excellence. Justeru setiap perancangan guru perlu berfokaskan pada ‘today’s problem is for tomorrow’s decision dan today’s decision is for tomorrow’s result’ (Aram),  berorientasikan futuristic scenario building, demi menangani perubahan dan mengisi pembaharuan. Sesungguhnya sebagai prime mover, guru adalah agen perubahan yang mesti merobah apa yang ada dalam diri pelajar. Mencetuskan perubahan kendiri iaitu self realization untuk meningkatkan potensi diri dan self actualization untuk meningkatkan prestasi diri.

Allah tidak akan merobah sesuatu kaum 
sehingga mereka merobah apa yang ada 
pada diri mereka sendiri.
(Ar Rad: 11)

Sementelah perubahan abad melenium membawa impak globalisasi dan IT yang tidak terkawal. Justeru Matang Bestari perlu bersedia dari segi psikologikal dan spiritual untuk menghadapi perubahan dengan memperkasakan akal budi dan memperkukuhkan jati diri demi untuk revival for survival dan survival for renewal.

Bersiap siagalah kamu, dan maju berkelompok-
kelompok atau majulah bersama-sama.
(An Nisa’: 71)

Setiap kita terikat pada fuctional roles, dan social roles yang perlu kita patuhi sebagai team work dan team dynamic. Segala kerja pendidikan pula hendaklah sentiasa berada di atas landasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka dengan misi Bestari yang terancang, visi pendidikan akan tercapai melalui gerakan bersusul, susulan bertindak dan tindakan berkesan.

Justeru marilah kita mulakan misi edu-jihad ini sebagai mandat kepimpinan dan amanah profesion untuk kebangkitan dan kelansungan generasi al quran yang berjiwa tauhid, yang memiliki ketrampilan lahiriah, sahsiah beraqidah dan intelektual bersyuhadah.

 Dan berjihadlah kepada jalan-Nya, supaya
kamu mendapat keberuntungan.
(Al Maidah: 35)


ARAM 33
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu



Wednesday 9 October 2013

Tembusi Iron Curtain | Terokai New Frontier

(Penerokaan Teknolgi.
Kebebasan Mencipta)





MUKADIMAH
(Kata Aluan Panduan Tugas)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)

 
Berjihadlah di jalan-Nya supaya kamu 
mendapat keberuntungan.
(Al Maidah: 35)

Bersyukur dalam bertafakur, atas hidayah dan inayah-Nya kerana disediakan ruang dan diberikan peluang untuk melancarkan edu-jihad bagi menghadapai cabaran millennium dan perubahan abad kedua puluh satu. Justeru bersedialah dengan pemikiran optimistic dan tindakan realistic untuk menghadapi perubahan yang drastik, kerana a new millennium requires a new paradigm of thought.

Anjakan 1998 untuk Lonjakan 2000 dan 
Ruang 2000 untuk Peluang 2001

Dalam memenuhi tuntutan Bestari dan mengisi perubahan 2001, kita terpaksa menyusuri masa silam untuk menapak masa kini dan menjejaki masa depan demi mencari kebijaksanaan (wisdom of thought) dan kebestarian (freedom of action), untuk menembusi iron curtain dan meneroka new frontier.

Dan barangsiapa diberi kebijaksanaan, 
maka telah diberi kebajikan yang banyak.
(Al Baqarah: 269)

Sesungguhnya paradigm of thought berubah kerana sentuhan dan cetusan daripada rethinking dan reengineering pada system pengurusan Matang Bestari. Bukan sahaja memurnikan konsep pendidikan Bestari tetapi mengubah paradigma profesion dan amalan pengurusan, kerana IT (siratan iman dan takwa), bukan satu perlumbaan intellectual tetapi penerokaan teknologi dan kebebasan mencipta. Demikian misi Matang Bestari untuk merealisasikan matlamat melalui the art of making technology information operationalized through intellectual strategy, yang terkawal dan terancang. Hanya dengan harapan dan doa, agar akhirnya kita dapat memetakan Matang Bestari dalam lingkungan lokaliti Bestari dan mencartakan ke dalam golongan elit Bestari. Insya Allah.

Bersiap sedialah kamu dan majulah
 berkumpulan atau majulan bersama-sama.
(An Nisa’: 71)

 
ARAM 31
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

Tuesday 8 October 2013

Survival For Revival | Revival For Renewal

(Ledakan Informasi.
Desakan Globalisasi)
 



MUKADIMAH
(Ucap Utama Pengetua)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Kadang-kadang rasa terpinggir oleh arus perubahan tetapi rasa selamat. Sedangkan ledakan informasi dan desakan globalisasi menjadikan dunia semakin kecil tetapi semakin terbuka, menjadi borderless world dengan new frontiers. Hinggakan tidak ada ruang yang tidak diterokai dan tidak ada peluang yang tidak dieksploitasi.

Carilah apa yang telah dianugerahkan 
Allah kepadamu negeri akhirat dan jangan
 lupa bahagianmu di dunia.
(Al Qashash: 77)

Sebenarnya rasa selamat hanyalah a false sense of security kerana jaringan IT telah memulakan gelombang Third Wave (Avin Tofler), yang membudayakan kehidupan dan  pemikiran. Momentumnya pula mencetuskan ripple effect ke  arah borderless institution yang akan menjana borderless pedagogy. Juga akan mencetuskan global thinking ke arah borderlesss mind. Justeru Bestari perlu diberi tafsiran global dan pengertian sarwa jagat. Bahawa Pendidikan Bestari is a way of life, merentasi tembok sempadan dan jarak masa.

 Bagaikan akar yang menunjang dan ranting 
yang menjulang
(Aram)

Bestari bukan sahaja membawa perubahan dalam proses pendidikan tetapi juga mengubah paradigma profesion dan amalan pengurusan. Justeru marilah kita mulakan Bestari untuk turning ideas into reality, dengan meningkatkan keupayaan intelek guru dan jangkaan masa depan (future expectation). Setertusnya meningkatkan prestasi para pelajar untuk kejayaan yang berterusan demi survival for revival and revival for renewal (Aram)  untuk menghadapai masa depan dan new frontiers yang penuh dengan cabaran dan persaingan.

 Dan pada dirimu sendiri mengapa tidak 
kamu renungkan.
(Adz Dzariyat: 21)

Demikian pengurusan Bestari sebagai the art of making information technology operationalized through intellectual strategy (Aram) yang berlandaskan IT (Iman,Takwa) sebagai tonggak, yang bercirikan 3I (Iltizam, Istikamah, Ihsan) dan 3T (Tulis, Telus, Terus).


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu
 

 






Friday 4 October 2013

A Sense Of Quality | A Sign Of Dignity

(Akuri Arahan.
Patuhi Peraturan)





MUKADIMAH
(Mesyuarat Disiplin)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)
 

Dalam hati mereka ada penyakit.
(Al Baqarah: 10)


VIRUS 5M
(Malas itu Dosa)
Melambat-lambatkan kedatangan sampai terlewat
Melewat-lewatkan pembelajaran sampai tertangguh
Menangguh-nangguhkan waktu sampai terbiar
Membiar-biarkan peluang sampai terabai
Mengabai-abaikan kewajipan sampai berdosa
(Aram) 

Prestasi bergantung kepada quality of self discipline iaitu penegasan tekad (willpower) untuk mematuhi peraturan dan mengakuri arahan. Justeru penguatkuasaan dan pengukuhan (enforcement and reinforcement) menjadi prioriti untuk meningkatkan mutu disiplin, kerana disiplin adalah strategi dan misi untuk mencapai kejayaan melalui self control dan self motivation.

Teguhkan pendirianmu sebagaimana engkau diperintahkan.
(Sabda Rasullulah)

To make one good action succed another is the perfection
of goodness.
(Saidina Ali)

Justeru kita perlu membudayakan kembali amalan murni atau virtuous behaviour untuk pengukuhan kepada disiplin sebagai a way of life. Di samping mengingatkan dan menginsafkan pelajar tentang pengitirafan azali iaitu insan berkualiti yang terbaik dan terpilih (paragon of virtue), yang memiliki a sense of quality dan a sign of dignity.

Kamu umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia
menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.
(Ali ‘Imran: 110)

Dan demikian Kami telah menjadikan kamu, umat
yang adil dan pilihan agar menjadi saksi atas manusia.
 (Al Baqarah: 143) 


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu


Wednesday 2 October 2013

Dunia Tanpa Jarak | Komunikasi Tanpa Masa

(Ruang Bergerak.
Peluang Bertapak)





MUKADIMAH
(Perhimpunan)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Dunia semakin berubah dan semakin menjadi perkampungan, kerana gelombang globalisasi telah membawa perubahan yang drastic hingga dunia menjadi tanpa sempadan  (borderless world) dan tanpa batas masa (spaceless time). Ironinya dunia di abad ini (age of technology) sudah dikuasai oleh maklumat, serta menjadi competitive advantange dan information power kepada mereka yang menguasai maklumat. 

Kalau kita alpa dan leka maka tiada ruang untuk bergerak dan tiada peluang untuk bertapak, kerana gelombang maklumat atau Third Wave (Alvin Tofler) semakin melanda dunia dan riaknya sampai ke ceruk-ceruk sekalipun terpencil, menjadikan dunia tanpa jarak dan komunikasi tanpa masa. Dunia semakin kecil dan mengwujudkan Third Wave society yang semakin rapat dan terikat, kerana kecanggihan teknologi menjadikan maklumat dan komunikasi berada di hujung jari. Justeru kita kena melangkah ke hadapan dan melihat masa hadapan dengan mind’s eye.

Dan hendaklah setiap diri itu memerhatikan apa yang
telah diperbuat untuk hari esuk.

(Al Hasyr: 8)

Kita tidak terkecuali, sama ada lemas atau berenang bersama Third Wave. Sikap tak kisah  atau tech ignorance akan hanya memisahkan kita (technology gap) daripada peradaban teknologi maklumat.  Malah teknologi maklumat bukan lagi satu monopoli tetapi satu pendedahan yang memerlukan attitude adjustment (mesra teknologi). Maka tiada masa untuk berundur. Kita perlu sentiasa bersedia dengan ledakan maklumat dan kepantasan technological discovery, yang menjadikan teknologi maklumat berkembang terlalu pantas. Sudah pasti mengundang persaingan yang hebat dan sengit. Justeru kemenangan dan kejayaan hanya berpihak kepada orang yang mempunyai keupayaan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan berkesan. 

Demi masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami gilirkan
antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)
(Ali ‘Imran: 140)

Apabila datang waktu mereka tidak dapat mengundurkan-
nya dan tidak dapat memajukannya.
(Al A’raf: 34)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

Tuesday 1 October 2013

Physically Activated | Mentally Committed

(Gerakan Bersusul.
Susulan Bertindak)

 


 
MUKADIMAH
(Mesyuarat Guru)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Dan bahawasanya seseorang itu tidak memperolehi
selain apa yang telah diusahakannya.
(Al Najm: 39)

Justeru kejayaan bermula di bilik darjah sebagai turning point untuk ‘kemenjadian’, melalui strategic planning dan operational planning, berdasarkan TOV dan berfokus kepada ATR. Sebagai the end product, selepas melalui beberapa siri operasi dan proses, pelajar perlu psychologically motivated, physically activated dan mentally committed.

Terdapat 5 STRAKPRO (Strategi, Aktiviti, Proses) untuk mencapai kejayaan berdasarkan scenario analysis dan analisa pencapaian berkonsepkan gerakan bersusul, susulan bertindak dan tindakan berkesan.

5 STRAKPRO (Aram)

Membina edu-ekologi, iklim pembelajaran,
senario optimistic dan persekitaran ceria ilmu.

Memupuk idealisme kejayaan, selogan maju diri,
keyakinan diri ideal dan konsep diri boleh.

Mengukuh SOLAT, kemahiran belajar, teknik 
mengulang kaji dan kemahiran menjawab.

Pendekatan Holistic, Whole Brain Learning, Guided
Learning Approach dan Action Learning Approach.

Membina rangkaian self actualization, mencipta
peluang diri dan membina senario masa depan. 

 Untuk memastikan teachable moment dan pessimistic scenario kita perlu membuat strategic focus dan achievable target berdasarkan take off value sebagai starting point untuk turning point, kerana a good start is of the success.
 Kemudian apabila kamu brazam, maka bertawakallah
kepada Allah
(Al ‘Imran: 159) 



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu 


TOV : Take Off Value
ATR : Actual Targeted Result
 



Sunday 29 September 2013

Kaya Dalam Keangkuhan | Papa Dalam Kejahilan

(Ilmu Dijulang
Budaya Ditunjang)


 


MUKADIMAH
(Mesyuarat Guru)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)


There is no wealth like
 knowledge, no poverty like ignorance.
(Saidina Ali Ibni Abi Talib)

Hanya dengan ilmu maka berlakunya intellectual discovery yang mencetuskan intellectual progress iaitu penemuan untuk penerokaan. Tanpa ilmu kita hanya ‘kaya dalam keangkuhan’ dan ‘papa dalam kejahilan’. Seterusnya menjadikan abad 20 sebagai the age of backwards, yang meminggirkan dan memerangkapkan para pelajar  dalam intellectual backwater, terpencil dan terkongkong. Sesungguhnya hanya ilmu dapat mengangkatkan potensi dan meningkatkan prestasi para pelajar.  

Adakah sama orang yang berilmu dengan 
orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya 
orang yang berakallah yang dapat
menerima pelajaran.
(Az Zumar: 9)

Sebaliknya apa yang berlaku ialah proses penyimpanan ilmu dalam bank minda. Ilmu kemudian dikeluarkan untuk peperiksaan. Proses pengukuhan melalui exam-oriented ini akhirnya akan menjadi sindrom bureaucreatization of the mind, menyebabkan pelajar hilang minda kreatif dan daya inovatif. Malah sistem pendidikan akan terperangkap dalam projek ‘bujet menentukan produk’, yang menyebabkan educational dilemma

Dan hendaklah mereka bimbang kelak 
mereka meninggalkan zuriat yang lemah 
di belakang mereka.
(An Nisa’: 9)

Justeru kita perlu membina semula budaya berfikir dan budaya belajar untuk mencari ilmu, iaitu mengubah SOLAT (Style Of Learning And Thinking). Begitu juga pendidikan perlu berkonsepkan, ‘Guru Berunding Pelajar Bermuafakat, Guru Membimbing Pelajar Berbuat’. Sesungguhnya kita harus percaya bahawa keteguhan akhlak terletak pada budaya manakala keutuhan minda terletak pada ilmu. 

Budaya Ditunjang Ilmu Dijulang
Apabila akar menunjang maka ranting menjulang
dan apabila akar bercambah maka ranting berbuah
(Aram)


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

Saturday 28 September 2013

Ruang Flexibiliti | Peluang Kreativiti

(Merubah Peranan.
Merubah Pemikiran)


 


 
MUKADIMAH
(Mesyuarat Guru)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar Rad: 11)

Perubahan adalah key to management transformation, saperti yang diungkapkan oleh Fredmund Malik: ‘Management is the transformation of resources into utility’. Malah mengikut law of nature, maknusia  itu sudah ditakdirkan untuk berubah. Justeru mengurus perubahan adalah menjadi fundamental strategy untuk mencapai matlamat. Dalam kata lain changing is righteous, perubahan itu satu ketetapan yang melibatkan:

5 RIGHTS
 (Religious, Intellectual, Goodwill, 
High-Esteem, Tactful, Self-Directed)
Right Management
Right Decision
Right Personnel
Right Delegation 
Right Objective
Right Time
(Aram)

5 Rights melibatkan 5 fungsi utama pengurusan iaitu : POSDC (Planning, Reorganizing, Stuffing, Directing, Controlling), yang menjurus kepada perubahan terancang. Mengurus perubahan atau transformasi adalah merubah peranan key personnel supaya menjadi lebih efektif dan progresif. Merubah sikap dan merubah pemikiran supaya lebih selari dan terarah untuk meneroka dan mencipta matlamat. Lebih penting lagi memberi kebebasan kepada personnel atau organised group untuk ruang flexibiliti dan peluang kreativiti, iaitu kebebasan dalam penerokaan dan penciptaan tanpa paksaan dan desakan. Secara team work berlandaskan:

Management is the art of getting things done
through and with people in formally organised group.
(Harold Kanontz)


Bersiap sedialah kamu dan majulah berkumpulan
atau majulah bersama-sama.
(An Nisa’: 71)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu






Saturday 21 September 2013

Mematuhi Responsibiliti | Mengakuri Akauntabiliti

(Menjaja Impian.
Menaja Harapan)


 



 
MUKADIMAH
(Mesyuarat Pengurusan)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Perjumpaan ini merupakan a word in season, peringatan untuk mematuhi professional responsibility dan mengakuri professional accountability sebagai satu maxim atau pedagogical ethics. Tidak dinafikan dalam diri kita ada kesilapan dan dalam hati kita ada keraguan tetapi kadang-kadang kebenaran datang kalau kita allow a margin for error dan kepastian itu datang kalau  kita give the benefit of the doubt.

 Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya 
peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.
(Adz Dzariyat: 55)

Mengurus agenda pendidikan memerlukan practical wisdom, intellectual honesty dan professional commitment. Kalau tidak kita hanya ‘menjaja impian menaja harapan’ dan sekadar ‘menurut perintah’. Akhirnya kita terperangkap dalam anxiety of nothingness  dan sindrom ABC (Amalan Berulang Cara). Akhirnya kita terpinggir dalam attitude of solitude. Justeru sebagai pengamal pendidikan kita mesti membawa word of honour (janji profesion) dan virtues of  a good teacher (nilai profesion).

 Anxiety Of Nothingness
Melihat masalah sebagai halangan
Melihat kesilapan sebagai kerugian
Menganggap pembaharuan sebagai kegagalan
Menganggap perubahan sebagai rombakan
Menerima kegagalan sebagai suratan
Menerima kejayaan sebagai nasib
(Aram)

Untuk mengelak more or less the same kita perlu membuat  analisis SWOT  secara introspectif (penilaian kendiri) dan retrospektif (peninjauan kembali), khususnya mengkaji semula  dan menilai kembali program sebagai satu continuity dan sebagai direct fertilizer untuk ‘ranting menjulang’ (berilmu) dan ‘akar menunjang’ (berbudaya). Sesungguhnya kejayaan hanya tercipta dari rangkaian kegagalan dan kekecewaan yang mencetuskan kesedaran, keyakinan dan komitment.

Dan Bahawasanya seseorang itu tidak memperolehi
selain daripada apa yang telah diusahakannya.
(Al Najm: 39)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu
 


Tuesday 17 September 2013

Truth In Words | Wisdom In Actions

(Sekata Sependapat.
Seia Sematlamat)


 


 
MUKADIMAH
(Ucap Utama Pengetua)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Professional commitmen, practical wisdom dan intellectual honesty, bukan cliché atau stereotype phrase tetapi make a virtue of necessity (keperluan strategic) dan a necessity of  invention (keperluan mencipta). Cetusan idea (words of wisdom), yang tersirat di dalamnya missi dan visi pendidikan, yang perlu diterjemahkan secara strategik dan operasional, berkonsepkan truth in words and wisdom in actions

Amat besar kebencian Allah jika kamu 
mengatakan apa-apa (rancangan) yang 
tidak kamu laksanakan.
(Ash Shaf: 3)

Selaku pengamal profesion keguruan dan pengurus system Bestari, kita perlu melihat masa hadapan sebagai ruang dan peluang mencipta futuristic scenario dan mengwujudkan organisational environment untuk membina team spirit dan team dynamic iaitu sekata dengan pendapat dan seia dengan matlamat. Bahawa matlamat pendidikan untuk melahirkan kuntum khairah ummah yang seimbang, yang memiliki kehebatan lahiriah, keterampilan kognitif dan sahsiah berakidah

Kamu umat yang terbaik dilahirkan untuk 
manusia, menyuruh kepada makruf dan 
mencegah daripada mungkar.
(Ali ‘Imran: 110)

Kita menyedari bahawa skrip kehidupan adalah perangkap institutionalization of mediocrity yang akan mengekalkan vicious cycle (lingkaran pasrah). Kadang-kadang para pelajar lebih terkurung dengan a sense of security dan lebih bergantung kepada a false sign of dignity (konsep ketuanan dan bumiputera). Justeru pendidikan adalah usaha murni untuk membebaskan mereka daripada kepercayaan karut dan logical fallacy, yang hanya mengundurkan kaki mereka daripada melangkah ke hadapan untuk lompatan saujana mencipta zaman’.
 
Dan bahawasanya seseorang itu tidak 
memperolehi selain apa yang diusahakannya.
(An Najm: 39)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu